14, Jan 2026
Trip ke Teratak Sri Tanjung Jelebu 14.1.2026

Sempena Cuti Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Satu Rombongan Alumni SMSJ terdiri dari SMSJ75 dan SMSJ77 menziarahi Teratak Sri Tanjung di Jelebu N.Sembilan. Teratak berbentuk Rumah Minangkabau warisan keluarga menjadi Tempat Tinggal Hamzah Harith dan Isteri tersayang.

Bermula seawal 9.00 pagi dati Myra Park MarketPlace di Nilai Impian merentas Lebuh Raya Lekas ke Lebuhraya Temiang-Pantai yang menjadi fenomena keindahan alam semula jadi.

Melalui Bukit Tangga .. singgah di Jeram Toi.

Singgah di Restoran Fatimah di Pekan Kuala Klawang ngeteh/ngopi hilangkan dahaga.

Bermula dengan sesi memetik rambutan dan Sarapan Pagi jam 11.00 pagi. Kemudian diikuti sesi mencari durian di Pekan Kuala Klawang

Maka bermula Pesta mengopek durian D24, Durian Kawin, Durian Kampong

Dikuti dengan Cempedak dan Buah Matoa dari Kebun Teratak Sri Tanjung.

Berakhir jam 4.00 ptg dengan Grup Foto. Terima kasih atas layanan mesra tuan rumah. Moga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.

Tidak habis lagi cerita. Singgah ngopi dan roti canai di Batang Benar.