FOTO FOTO KEHADIRAN TETAMU DAN MAJLIS MAKAN MALAM 50 TAHUN SMSJ75 PD 15 NOV 2025

KLIK KE GOOGLE DIRVE

Reunion50Tahun SMSJ75 kali ini di hadiri oleh Tetamu VIP di kalangan Guru Guru pada Awal Penubuhan Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang Johor 1974-1975

  1. Dr Robiah K Hamzah – Guru Displin/Warden
  2. Cikgu Khamis Mahadi – Guru Displin/Warden
  3. Cikgu Tajul Ariffin – Guru Bahasa Melayu
  4. Cikgu Yunos Dahlan – Guru Sukan

Turut Hadir sama Presiden Sajoha 2025/2027 dan 4 orang Senior Tingkat Enam 1974-75

  1. Haji Azahari Baharum – Presiden Sajoha
  2. Dr. Jamaluddin Ahmad- Headboy 1975
  3. Hassan Adly
  4. Mimi Pwiziah Choo Abd Majid
  5. Mohd Amirddin Mohd Yusof

Sejumlah 40 orang ahli SMSJ75 berserta 50 ahli keluarga dan Anak Cucu turut hadir sama di Majlis Makan Malam. Majjis dimulai dengan Bacaan Doa oleh Tuan Hj Azman Haron, Imam Masjid Lukut, Port Dickson. Diikuti Ucapan aluan Presiden SMSJ75, Hj Zainuddin Omar yang banyak pengalaman mengembara sebagai Solo Traveler ke seluruh dunia. Kali ini menceritakan pengalaman terkini beliau mengembara ke Negara Madagascar.

Ucapan Perasamian Majlis Makan Malam Reunion 50 Tahun SMSJ75 telah disampaikan oleh Dr. Robiah K Hamzah mewakil Tetamu VVIP. Beliau sebagai Motivator banyak memberi nasihat dan peringatan kepada semua yang hadir untuk melalui kehidupan berlandaskan ajaran Islam.

Majlis teruskan dengan Ucapan dari Tetamu VIP di kalangan Guru Guru. Bermula dengan Cikgu Tajul Arif yang memberikan nasihat dari sudut falsafah hidup berteraskan sendi budaya. Diikut Cikgu Khamis Mahadi yang banyak mengimbau kenangan beliau yang menjalankan tugas sebagai Guru Displin dan juga jurulatih sukan olahraga dan bolasepak SMSJ 1974-1978. Akhir sekali Cikgu Yunos Dahlan yang sentiasa hadir di majlis perjumpaan alumni SAJOHA mengimbau semula cerita awal pembentukan pasukan sukan Bolasepak, Rugby terutamanya dan lain lain pasukan sukan seperti sepaktakraw , bola jaring dan bola tampar di SMSJ.

Majlis juga diserikan iriangn muzik oleh Haji Nordin Mohammad, 5M2, yang telah memetik Biola dan Gutir semasa majlis makan malam. Majlis diakhiri dengan sesi Foto kenangan secara berkumpulan dan mengikut Kelas masing masing.

Terima kasih Cikgu atas segala jasa dan baik budi semasa bersama di SMSJ 1974-75