Sejarah 10 tahun penubuhan yang bermula pada 2015 menyaksikan Persatuan telah menjalankan aktiviti dengan jaya. ada 4 aktiviti besar dijalankan utk adakan AGM setiap kali
- REUNION 2016 – AGM 2025
- REUNION 2018 – AGM 2018
- AGM 2021 – SECARA ONLINE
- REUNION 2025 0 AGM 2025
Disamping itu banyak aktiviti kebajikan dijalankan oleh ahli ahli SMSJ75 sendiri ziarah rakan rakan yang sakit. Beberapa sumbangan telah dapat dikumpul untuk diserahkan sebagai tanda ingatan.
AGM 2025 telah membincangkan mengenai masa depan Persatuan Alumni SMSJ75 dengan panjang lebar. Setiausaha telah membentangkan piihan yang ada. Serta dibahaskan oleh semua Ahli. Ada 3 pilihan
- Meluluskan “Exit Plan” melalui Proses Pembubaran
- Mencadangkan diteruskan dengan Usul Semua Ahli menjadi “Ahli Seumur Hidup”.
- Mencadangkan diteruskan dengan Ahli Menjelaskan semua Yuran Tahunan yang tertunggak.
Undian telah dibuat secara belah bagi. Majoriti bersetuju dengan Cadangan No. 2 dan Setiausaha diminta menyediakan kertas usul dan dimuatkan dalam minit mesyuarat untuk dikemukakan kepada ROS.

Maka mesyuarat telah diteruskan dengan Pembubaran Ahli Jawatankuasa 2023/2025 yang sedia ada dan melantik Jawatankuasa yang baru. Hasil dari pengundian dan cadangan, berikut adalah Senarai Jawatankuasa yang dipilih untuk sesi 2025/2027
- Presiden : Ir. Haji Zainuddin Omar
- Timbalan Presiden : Mohd Yazid Atan
- Setiausaha : Dr Maimunah Md Said
- Penolong Setiausaha : Mohd Nasir Ariffin
- Bendahari : Rahmah Abd Rahman
3 AJK dilantik
- Dr Arris Abu Yamin
- Dr. Norashikin Mohd Yusof
- Idris Takyan ( AJK Tambahan)
JuruAudit Dalam : Abd Rahman Md Dom.