• Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang Johor merupakan Sekolah Menengah Sains yang pertama dibuka di Negeri Johor. Bermula pada 1973 sekumpualan lebih 12 Kelas Tingkatan Satu 8 Aliran Inggeris dan 6 Aliran Melayu telah mendaftar sebagai PELAJAR SULONG/ PIONEER kepada SMSJ. Mereka telah memulakan pengajian Tingkatan 1 di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru. Penginapan mereka ditempatkan di Asrama Sekolah Sultan Ismail Johor Bahru.
  • Tapak Sekolah Menengah Sains Johor telah dikenalpasti pada tahun 1971 lagi dan telah dimulakan pembangunan 4 blok bilik Darjah dan 4 blok Asrama di Bandar Kluang, Johor. Pembangunan ini siap untuk digunakan pada April 1974. Pelajar Sulong, seramai 250 orang Pelajar Tingkatan 2 telah memulakan pengajian di Tapak Sekolah SMSJ di Kluang bersama 136 pelajar Tingkatan 4 dan 200 Pelajar Tingkatan 2 yang baru melapor diri terus ke sekolah baru ini.
  • Keadaan Sekolah sangat baik dari segi pembinaan. Dilengkapi Dewan Makan, Bilik Makmal, Rumah Pengetua dan Padang Sekolah. Namun SMSJ menghadapi kekurangan peralatan makmal untuk memulakan pengajian di dalam makmal untuk 2 bulan pertama pengajian sehingga bulan Jun 1974.
  • Padang Sekolah juga masih berwarna merah, rumput belum tumbuh sepenuhnya dan tidak dapat digunakan lagi. Pelajar menggunakan padang Sekolah Tinggi Kluang untuk latihan sukan pada sebelah petang.
  • Sejarah Penuh SMSJ boleh dibaca di link : https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Sains_Johor#Sejarah